Sunday, September 7, 2008

Universiti APEX & USM


Tahniah kepada USM kerana telah dipilih bagi mendapat status Universiti APEX oleh Kementerian Pengajian Tinggi pada 4 September 2008. Tahniah juga kepada seluruh warga USM yang diketuai oleh Prof Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak yang sememangnya telah meletakan USM pada tempatnya yang tersendiri dalam kalangan universiti-universiti yang lain di Malaysia. Pencapaian demi pencapaian yang telah cipta selama ini, kepimpinan yang telus dan mesra antara seluruh warga USM dan juga tahap kesediaan USM untuk memikul status idaman ini telah melayakan USM untuk dipilih. Penganugerahan ini sememangnya disambut dengan gembira oleh seluruh warga USM.


Namun begitu, status yang diberikan haruslah dipikul dengan tanggungjawab. Meletakan nama USM antara 100 universiti terbaik dunia dan senarai 50 universiti terbaik dunia pada 2020 adalah tanggungjawab nyata yang harus dipikul. Namum begitu, tugas bagi memacu Institusi Pengajian Tinggi kearah Pembangunan yang mampan dan menyumbang kepada pembangunan negara juga perlu dipikul.


"Adalah penting bagi USM memainkan peranan yang lebih besar dalam kehidupan penduduk di negeri ini khususnya melalui peningkatan hubungan dengan sektor industri bagi memajukan negara dalam semua bidang," Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.


”with great Power, comes with great responsibilities”, quote from Spiderman film


Pemilihan USM sebagai Universiti APEX yang telah dibuat oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia setelah melalui proses penilaian yang telah dilakukan oleh penel-panel penilai yang berkredibiliti, telah mengundang ketidak-puashatian dalam kalangan universiti-universiti tempatan yang lain.


Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM) dengan lantang telah menyuarakan ketidak-puashatian dengan keadaan ini. Dengan hanya memberi hujah bahawa,

UM yang bukan saja universiti tertua tetapi juga mengatasi USM dalam penarafan dunia yang menduduki tangga ke-246, berbanding USM di tempat 307”.


PAUM cuba menyangkal keputusan yang telah dibuat oleh pihak KPT. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sendiri telah menyatakan kepada umum bahawa USM mengatasi universiti saingan lain adalah berdasarkan tiga kriteria iaitu tahap kesediaan, pelan transformasi dan kesediaan untuk berubah.


Nampak gayanya pihak PAUM harus meneliti dengan lebih mendalam ucapan Menteri Pengajian Tinggi dan juga kriteria pemilihan Universiti APEX. Tidak dinyatakan langsung usia universiti menjadi kriteria pemilihan. Berkenaan dengan ranking, rating or penarafan yang telah dikeluarkan sebelum ini, berikut adalah kenyataannya...

”Pemilihan universiti yang berpotensi melonjak ke mercu kecemerlangan pada peringkat antarabangsa bukan boleh bersandarkan faktor ranking atau rating berdasarkan maklumat dulu semata-mata. Penilaian untuk pemilihan universiti dalam program Apex adalah secara lebih mendalam, holistik dan telus di mana ahli panel turun padang ke semua universiti disenarai pendek. Bagi tujuan itu, kami bertanya segenap lapisan warga di universiti berkenaan. Sekiranya warga mereka sendiri tidak yakin, tidak percaya atau tidak mengetahui pelan (transformasi melonjakkan kecemerlangan) disediakan universiti masing-masing, ini menunjukkan universiti itu tiada semangat berjuang bersama”

KETUA Pegawai Eksekutif/Pengarah Pejabat Pengurusan Program (PMO) di Kementerian Pengajian Tinggi, Prof Datuk Dr Sahol Hamid Abu Bakar, yang bertanggungjawab mengetuai pelaksanaan Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan (Apex)


Pemilihan USM sebagai Universiti APEX adalah tepat, dan sememangnya ia adalah atas hasil usaha seluruh warga USM dalam yang telah mencapai kejayaan demi kejayaan. TAHNIAH USM.....


'Perubahan Pengajian Tinggi Untuk Kestabilan Hari Esok'