Thursday, July 24, 2008

APEX UNIVERSITY: a brief overview on whut happening in our local universities scenario

Moving Toward Apex University.......

Pada pertengahan bulan Julai lalu (Julai 2008), aku telah berpeluang untuk mengambil bahagian dalam mempromosikan projek/kajian yang aktif dalam USM untuk diperlihatkan kepada wakil-wakil daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Wakil-wakil daripada peringkat tertinggi dalam KPT telah mengunjungi USM dan beberapa buah lagi local universities untuk menilai pelbagai aspek dalam pentadbiran universiti untuk diiktiraf sebagai Apex Universiti.

Untuk pengatahuan semua, daripada bacaan yang aku dapat, UNIVERSITI APEX adalah peringkat tertinggi dalam ranking institusi pengajian tinggi yang mana universiti yang akan terpilih akan menjadi penanda aras peringkat dunia dalam bidang pengajian tinggi. Antara universiti yang telah mencapai tahap UNIVERSITI APEX adalah seperti Oxford University, Harvard University dll.

Maka untuk memastikan universiti-universiti tempatan dapat bersaing dengan universiti-universiti terkemuka di dunia terutamanya di negara-negara eropah dan US, pihak KPT telah mencadangkan untuk diwujudkan UNIVERSITI APEX di Malaysia. Dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), universiti-universiti tempatan akan dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu Universiti Apex, Universiti Elit dan Universiti Kompetitif.

Menurut PSPTN, Universiti yang diiktiraf sebagai UNIVERSITI APEX akan dijanjikan kuasa autonomi dari segi:

kewangan - mendapat peruntukan yang lebih besar daripada KPT dan pihak universiti mempunyai kuasa sepenuhnya dalam meguruskan kewangan tanpa campurtangan drp KPT.

skim perkhidmatan - universiti dapat menentukan sepenuhnya skim perkhidmatan yang akan diadakan pada universiti masing-masing

pengurusan - ini merangkumi pengurusan peringkat staff bawahan, pegawai2 universiti dan juga pensyarah. Universiti diberi kebebasan dalam pengambilan dan pengurusan staf iaitu dalam menentukan kenaikan pangkat, kenaikan gaji, tangga gaji dll. Yang mana sebelum ini, pihak KPT akan mementukan sistem kenaikan gaji kepada pensyarah dan pengawai pentadbir universiti. Ini adalah berita baik kepada semua bakal2 pensyarah dan juga pegawai2 universiti

pengambilan pelajar yang lebih terbuka termasuk Undergrad dan Postgrad, local student dan international student, dan juga antara pusat pengajian

kepimpinan tertinggi - Ahli Lembaga Pengarah universiti diberi kebebasan dalam memilih kepimpinan tertinggi universiti iaitu dalam memilih Naib Canselor dan Timbalan2 nya tanpa campur tangan KPT dan juga menteri

penetapan yuran pengajian

Secara kesimpulanya, universiti yang akan dipilih sebagai UNIVERSITI APEX, akan diberi kebebasan dan kuasa dalam pentadbiran universiti dan ini akan membuka peluang untuk universiti tempatan bersaing ke peringkat yang lebih tinggi, terutamanya dalam menghasilkan penyelidikan dan pelajar yang lebih bermutu dengan sumber2 yang ada tanpa sebarang campurtangan KPT selagi ia tidak melanggar Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.

Daripada maklumat yang aku dapat, pengumuman universiti tempatan mana yang akan terpilih sebagai UNIVERSITI APEX akan diumumkan selewat-lewatnya Ogos ini. Antara universiti tempatan yang telah membuat permohonan untuk mendapat status tersohor ini adalah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Sains Islam Malaysia, Universiti Tenaga Nasional, Universiti Teknologi Petronas, Universiti Teknologi Malaysia. Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Putra Malaysia.

Pada pendapat aku, USM sebagai universiti 5 Bintang seperti yang telah diumumkan tahun lalu dan melalui kepimpinan Prof. Tan Sri Dato'Dzulkifli Abd Razak,Naib Canselor USM, mempunyai peluang cerah dalam memdapatkan status UNIVERSITI APEX. Namun begitu, keputusanya akan diketahui pada hujung Ogos ini.

No comments: